Monday 31 October 2016

Resepi donut gebu dan ringan

Salam...

Musim hujan petang ni buat perut sentiasa lapar kan..
Bila dah lapar confirm teringat and terbayang makanan sedap2.. Nak keluar malas...so duduk rumah menguli tepung la kite untuk hilangkan sejuk dan keluarkan peluh2 jantan..ye dak???...hehehe


Untuk mendapatkan donut yang gebu, ringan dan tak liat tips paling penting adalah gunakan tepung high protien...
Tepung gandum biasa boleh digunakan juga...tapi result donut nanti akan jadi macam yang di jual2 kat gerai selalu tu la...
Gebu tapi liat dan berat dan adakala berongga dan rasa kosong... Ada yang memang suka donut kampung macam tu..
Takda masalah...tapi kali ni saya nak share donut yang ekslusif sikit persis donut Big Apple dan yang sewaktu dengan nya tu..
Resepi ni kalo di simpan dalam bekas tertutup akan sentiasa lembut dan maintain gebu sampai esok tau..huhuhuu

Donut ni boleh juga dijadikan frozen donut. Goreng separuh masak, biarkan sejuk dan pack dalam bekas bertutup. Bila tetamu datang, keluarkan awal untuk defrost n wallahhh..siap 1 hidangan..dan kalau siapa minat bisnes pon resepi ni sangat bagus untuk di cuba..

Nampak macam banyak songeh tapi pecaya lah ianya mudah and simple je. Uli pon tak makan masa. Dan untuk yang rajin boleh pelbagaikan dengan macam2 jenis topping. Contohnya coklat, badam, peanut butter etc.
One more thing doh ni boleh dibuat ROTI jugak taw..cubelah..mesti korang bangga dengan diri sendiri bila tengok hasilnya.



Ok..banyak pulak celoteh..jom kite cek resepi...

Bahan A
1peket mauripan
3sb gula
5sb susu pekat manis
1/2cawan air suam

Bahan B
500gm High protein flour
1sk baking powder double action
1sk bread softener (*tak letak pon ok)
3sb butter
Secubit garam

Cara caranye

  1. Campurkan Bahan A dalam mangkuk. Biarkan sehingga buih naik 2kaliganda (step ni penting untuk pastikan yis betul2 elok dan akan menggebukan adunan nanti.nasihat saya kalau proses ni tak jadi better dump je bahan A sbb yis rosak donut tak akan menjadi ok. Sebelum rugi bahan lain better rugi bahan A je..tak gitu..?? Hehehe)
  2. Gaul kering bahan B sementara menanti bahan A naik
  3. Satukan bahan A dan bahan B..masa menguli bergantung pada energy anda..hehee..lagi kuat lagi sekejap lah doh menjadi...masa ni anda mungkin memerlukan lagi tambahan air suam..
  4. Uli sampai doh tak lekat di tangan
  5. Bila dah puas hati rehatkan doh sehingga doh naik 2kali ganda. Tips nak bagi doh cepat naik...letak kan mangkuk doh yang bertutup rapat di kawasan rumah yang agak panas..contohnya kawasan dapur.takpun area cahaya matahari masuk..hihihii
  6. Bila doh dah naik cantik tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin. Dan boleh canai dan bentukkan.
  7. Lepas canai tunggu lagi lebih kurang setengah jam untuk proses donut naik sekali lagi sebelum menggoreng. Tak boleh skip part ni. Ok?
  8. Goreng dengan minyak sederhana panas dan sekejap sahaja.
  9. Sedia untuk di hidang!



No comments:

Post a Comment